“Awak cantik sangat
bila senyum sayang.. kulit putih
bersih, ada lesung pipit
lagi. Saya adalah lelaki
paling bertuah dapat
kenal dan jumpa
awak. Awak lah perempuan
pertama yang boleh
buat saya jatuh
hati. Menanti masa berlalu
untuk tibanya hari
ini, saya hampir
gila bayang tau tak??”Puji Haikal
menyenget untuk pikat
gadis di hadapannya
itu. Manisnya pujian
Haikal lebih manis
dari gula. Sebab
itulah ada orang
kata, lelaki apabila
bercakap seperti ada
ladang tebu ditepi
bibir. Betul ke? “ellehhh….
Yeke? Entah-entah saya ni
perempuan ke 70
atau ke 71 yang
awak pernah berkenan.” Walaupun dalam malu-malu, Husnul
Huda pura-pura menyangkal
kenyataan yang diberitahu
Haikal. Padahal dalam hati,
alangkah sukanya ada
lelaki memuji dan
melayani dengan mesra sebegitu. “Dia panggil
aku sayang pulak
tu hehehe…”.Senyuman manis
terukir dibibirnya. “Amboi… banyaknya,
macam laku sangat
je saya ni” .Celah
Haikal sambil mengejik
mata senyum padaku. “Romantiklah Haikal ni.Pandai melayan
gadis muda sepertiku,
tapi kenapa dia
cakap belum pernah
punya buah hati
lagi, padahal umur
dah sebaya abang
long pun. Abang
long sendiri dah
ada tunang. Mungkin
sebab jodoh dia
memang dengan aku
kot…. Hehehe…”Hatinya berbunga
sendiri.Tanpa disedari syaitan
makin dekat menghampiri.
“Jemput
naik kereta saya,
kita pergi makan
ye. Saya teringin
nak makan bersama
awak. Jangan risau, saya yang
nak belanja lah” .pelawa Haikal sambil
membukakan pintu keretanya
untuk Husnul Huda. “alang-alang dah
jumpa, tak pelah. Ikut jela, bukan
selalu pun. Lagi pula
orang dah nak
belanja kan… tengok muka
dia macam Nampak
baik jer.. hehhehe”.
Gumam Husnul Huda
sendiri didalam hati.
Kereta Proton Perdana
milik Haikal itu
meluncur laju ke
Restoran Sesedap Rasa. “Itu restoran
kegemaran saya tau”
Ujar Haikal tersengih
penuh makna. Sepanjang
perjalanan itu, mereka
bergelak ketawa bersama.
Haikal seorang yang suka
mengusik rupanya. “Ahhh… Bahagianya saat
ini”, nikmat bercinta
kian mula terasa.
Seketika Husnul Huda
terlupa nasihat umminya
sebelum dia melangkah
keluar tadi. Hatinya sedang
leka dibuai perasaan
yang dirancang oleh
syaitan.
“Nak ke mana
tu adik?dah petang
kan sekarang. Ummi
tak nak anak ummi
keluar masuk rumah
sesuka hati tanpa
mahram dan bila
dah malam baru teringat nak
balik… bahaya nanti
adik, kasihan lah
pada ummi. Dunia hari
ini amat menakutkan.
Tak payah keluar
ye sayang.. dengar
cakap ummi. Ummi
tak sedap hati
la.” Semua itu
hanya berlalu diluar
telinganya sahaja. Tak
masuk telinga kiri,
tak masuk juga
telinga kanan. “Tak payah
lah berleter panjang
sangat ummi. adik
dah besar panjang
lah. Dah habis
sekolah menengah pun, ummi ni suka dok
fikir yang bukan-bukan.
Hurmmm… dahla, kejap
lagi adik balik
la. Nak jumpa
kawan perempuan je pun”.
Tanpa menoleh ke
belakang dia terus
melangkah pergi. Husnul
Huda sedang menipu
sang ibu. Padahal
petang ini dia
akan bertemu dengan
seorang lelaki. Bukan
kawan biasa tetapi teman mesra
yang baru dia
kenal tiga bulan
yang lalu. Perkenalan antara
dia dan Haikal
adalah melalui laman sosial Facebook.
Sejak pertama kali berbalas mesej
lagi, hati sudah mula terusik.
Dari sekadar berhubung
dalam internet, hati
manusianya tidak merasa
puas, sekali sahaja
Haikal minta nombor
telefon terus langsung
diberi. Dari mesej
mula suka berbual
pula. Teringin nak
dengar suara katanya.
Akhir sekali terjadilah
janji hari ini iaitu
untuk keluar berjumpa..
“Betul ummi,
adik dapat mumtaz dalam
STAM!!” ,ujar Husnul Huda pada
aku sesungguh hati. “ummi
janji nak belikan
hadiah lektop kat adik kan?kan? kan?” Aku tersenyum senang
melihat satu-satunya anak
gadisku ini merengek-rengek seraya
menuntut hadiah kecemerlangannya dariku. Walaupun umur
sudah memasuki 19 tahun,
tapi bila bersama keluarga, perangainya
masih seperti budak-budak. “ye sayang,
ummi tahu. Esok yekita pergi beli
dengan abanglong.” Janjiku lagi menjadikan
bibir munggil anak gadisku itu tersenyum
lebar. “Alhamdulillah ya Allah,
Bersama senyuman kebanggaan
Husnul Huda berlalu
ke biliknya. Dari sekolah
rendah lagi dia
kerap menghadiahkan padaku
kejayaan yang cemerlang. Apabila masuk tahap
menengah, aku menghantarnya ke sekolah
menengah agama pula. Mudah-mudahan dapat
menjadi anak solehah
buatku nanti. Harapanku hanya
satu, moga disaat
aku menghembus nafasku
yang terakhir nanti,
ada anak-anakku disisi.
Yang mampu mengajarkan
dua kalimah syahadah
dan membacakan yasin
disebelah jenazahku.
Husnul
Huda adalah anak yang
manja dan suka
dimanjakan. Juga cantik dan
bijak dalam pelajaran.
Harap akhlaknya juga
cantik secantik parasnya.
Mungkin kerana dia
anak bongsu tambahan pula
anak perempuan tunggal
dalam keluarga ini, dia
mendapat sepenuh perhatian dan kasih
sayang dariku. Tapi
ini bukan bermakna
aku seorang ibu yang pilih kasih, aku
sayang kedua-dua anakku. Tapi
untuk anakku yang ini, aku terpaksa
menjadi ayah dan juga ibu
untuknya sejak dilahirkan. Ketika didalam
perutku lagi dia
sudah menjadi yatim. Aku
sanggup berkorban apa sahaja untuknya. Demi melihat
dia bahagia seperti
rakan sebaya yang
punya ayah. Nak dibandingkan
dengan abangnya, Hasnul Hadi yang
kini sudah berusia
27 tahun, walaupun hanya
8 tahun dapat bersama
ayahnya, tapi
sekurang-kurangnya Hadi sempat
tidur diribaan ayahnya.
“ya Allah, Tenangkan suamiku
disana…” tidak semena-mena ada mutiara
jernih bergenangan di
kolam mataku. Hiba mengenangkan
suamiku yang pergi
dahulu mengadap Ilahi
hanya kerana demam
panas. Cepat-cepat aku
kesat dan berlalu
ke bilik air.
Setelah usai mengambil
wuduk, aku menuju ke
bilikku untuk menunaikan
solat zohor.
“Terima kasih
ummi… adik saaaayang ummi!” tubuhku dipeluk
erat oleh Husnul Huda.
Hari ini impiannya
sudah menjadi kenyataan. Hadiah yang
diingini sudah berada
dalam tangan. “sama-sama…selepas
ini adik kena teruskan
lagi belajar diperingkat
yang lebih tinggi,
biar menjadi insan
yang berguna pada
keluarga dan masyarakat. Hadiah yang
ummi bagi ni, adik
gunakanlah sebaiknya pada tempat
yang berfaedah dan
yang paling penting
jangan pernah mengabaikan
solat.” Aku selalu mengingatkan
anak-anakku tentang pentingnya
menjaga sembahyang, kerana
menurut sabda Nabi,
sembahyang fardu itu
tiang agama. Sesiapa
yang meninggalkan solat
secara sengaja robohlah
imannya. Segala perkara
yang haram dilihatnya
sebagai remeh-temeh, lalu
terjadilah kemungkaran dimana-mana. “emm.. ye.. adik
tahu lah.”Jawapnya sambil terus-menerus
membelek lektop barunya
itu. “Jom balik makan
nasi. Ummi dah siap
masak tadi kat
rumah” Ajakku untuk pulang
segera ke rumah. “Alaaa… kita makan
dekat kedai saja
lah ummi,lagipun bukan
selalu pun…jom eh..hehehe…”Husnul
Huda ketawa riang
melihat anggukan ku. “yela yela,jom…”
Sebagai seorang ibu, aku
tidak sanggup menolak
kehendak anakku. Tidak
kiralah sama ada Hasnul Hadi
ataupun Husnul Huda.Untuk
mereka tiada apa
yang terbatas. Segalanya
akan ku lakukan
selagi termampu tanpa
mengharapkan balasan. Cuma doaku
setiap kali selepas
sembahyang, moga anak-anakku menjadi
anak yang baik ,pasti
mereka tidak akan
lupa jasa seorang
ibu.
Malam semakin
menjelma. “Ke mana anak
gadisku pergi? Kenapa
tak balik pun
lagi..” aku sedih mengenangkan
kerenah Husnul Huda
sekarang. Ya Allah, Kenapa
dia berubah laku
disaat usiaku yang
semakin menginjak tua
ini.Patutnya semakin dia
dewasa, semakin dia
matang menjalani kehidupan.
Hanya pada Allah
tempatku mengadu ketika
ini. Kenapa anakku hanya
bijak dalam pelajaran
tetapi terlalu bodoh
dalam hidupnya… tapi
aku tahu bahawa
semua ini takdir
dan ujian dari
Allah SWT buatku. Sabar
ye wahai hati. Kupujuk
hatiku sendiri. Perasaan
rindu buat arwah
suami tercinta mula
terasa..
“anak-anak
kita dah besar
abang. Saya telah
berikan pendidikan yang
secukupnya buat mereka
berdua. Hasnul Hadi
sudah Berjaya sebagai
pendidik anak bangsa. Pasti
abang sendiri dapat
melihat kejayaannya dari
sana”, aku mengesat
air mata yang
mengalir. Inginku luahkan
rasa hati yang
tertanggung memikirkan tentang
puteri tunggalku. Aku mengambil wuduk
dan terus berteleku
di atas sejadah .
kubaca yasin dengan
penuh penghayatan, Surah
yasin adalah hati
Al-quran. Membacanya dapat
merawat hatiku sendiri.
Aku ingat
lagi, Husnul Huda
mula berubah sikap
kerana terlalu asyik
dengan hadiah pemberianku.
Kerap ke rumah
kawannya yang ada
sambungan internet. Padahal
hadiah itu kuberikan
untuk kemudahannya apabila
belajar di peringkat
universiti nanti. Adakah aku
telah tersilap langkah
dalam mendidik dan
memanjakan anakku sendiri?? Mungkin dia
tersalah faham apabila
terlalu dimanjakan dan
selalu dapat apa
yang diminta. Mungkin sangkanya, dia
boleh buat apa sahaja yang
dia mahu, dan
aku akan sentiasa
merestui. Sebenarnya dia
silap, segalanya kulakukan
supaya dia tidak
merasa kekurangan tidak
punya seorang ayah.Aku
hanya mahukan yang
terbaik untuknya. Semoga
puteriku akan sedar
niatku suatu hari
nanti.
“dah
pukul 9 malam la
awak, jom kita
balik. Saya mengantukla…
tiba-tiba terasa pening kepala
pulak” pinta Husnul Huda kepada
Haikal selepas masuk
ke perut kereta. Haikal tersenyum
memandang ke luar
cermin kereta. “ehh…kan
tadi dah janji
nak pergi tengok
wayang lepas makan…hurmm… kenapa ni
sayang?? Kan awak cakap
sepanjang hidup ni
belum pernah pergi
panggung wayang lagi
kan… jom lah..” pujuk Haikal
lembut. “saya rasa pening…hukhuk…” rengek Husnul
Huda. Hanya membiarkan
Haikal menyentuh wajahnya
sesuka hati. Dia
sudah semakin lali, hampir
tidak mengenal diri
sendiri. Apalagi mengenal
Tuhan pencipta dirinya
saat ini. Haikal
terus memandu laju
menuju destinasi yang
dirancangnya. Maka terjadilah
apa yang telah
terjadi. Apa yang
paling digeruni seorang
ibu tentang anak
gadisnya. Di sini lah silapnya
Husnul Huda. Mungkin
dia terlupa apa
yang dipelajari sewaktu
di sekolah agama
dahulu. Ustaz dan ustazah
selalu berpesan tentang
nasihat Sheikh Tantawi
mengenai betapa tingginya
nilai mahkota seorang
gadis. Beliau berkata, menjadi tanggungjawab
gadis itu sendiri
untuk menjaga mahkotanya. Kerana sesungguhnya
tiada seorang lelaki
pun yang semata-mata
ingin berkenalan dengan
seorang perempuan melainkan
dia menginginkan sesuatu
yang paling berharga
darimu iaitu mahkotamu.
Dan sesungguhnya seorang
perempuan yang kehilangan
mahkotanya itu pada
yang bukan halal
baginya, hal itu
lebih malang dari
seekor kambing yang
dibunuh dan dimakan
dagingnya oleh serigala.
Aku menangis
lagi pagi ini. Anak
gadisku belum pulang
setelah keluar petang
semalam. Sudah puas
aku menelefon telefon
bimbit Husnul Huda,
langsung tidak berjawab
pun. “Tak pelah,
sekejap lagi balik
lah tu…” aku
memujuk hati kecilku
sendiri. Tadi aku sudah menelefon
Hasnul Hadi, memberitahu
perihal adiknya ini. Sekejap lagi dia datang
katanya. Tapi aku
seorang ibu, mustahillah
untuk aku tidak
memikirkan tentang anakku
itu walau hanya
sesaat. “Ya Allah, selamatkanlah
anakku itu, kembalikan
dia padaku dalam
keadaan yang sihat”pintaku pada
Ilahi.
“Assalamua’laikum… ummi…”
kupandang ke arah
pintu, disana kulihat Husnul Huda berdiri dalam
keadaan kusut dan
lemah. Dari jauh
kelihatan sebuah teksi meluncur pergi.“Ummi….” Serunya dengan
tangisan hiba. Kurangkul
tubuh longlai anakku
erat. Tangisannya bagaikan
kehilangan sesuatu. Aku
tertanya-tanya apa yang
telah terjadi. Tapi
dalam diam aku
tetap bersyukur, puteri
kesayanganku pulang juga
walaupun dalam keadaan
seperti ini. “Sabar
sayang… jom pergi
mandi. Segarkan badan
dulu ye.. pastu
makan dan ceritakan
pada ummi segalanya”.
“Ya Allah , tabahkanlah
hatiku…” Sebagai ibu,
aku cuba bersikap
tenang dan cuba
menenangkan anakku. Walaupun
sebenarnya dalam hatiku
mulai gundah. Aku
ibu yang melahirkannya, aku
dapat melihat kelainan
di wajahnya dari
tadi lagi. Tapi
aku cuba menafikan,
hatiku sedang hancur
luluh. Aku dapat
agak apa yang
telah berlaku, tangisku
lebih hiba dari
Husnul Huda tadi.
“kenapa adik? Kenapa
dan kenapa?” aku sebak sangat-sangat. Tidak
tertanggung rasanya ujian
ini. Tapi sebenarnya
Allah sangat Maha
Adil dan Maha
pengampun. Allah tidak
menguji seseorang hambaNya
melainkan sekadar apa
yang hambaNya mampu.
Dan aku tersangat
yakin, ini akan
menjadi pengajaran yang
amat besar buat
Husnul Hudaku. setiap
manusia tak pernah
lari dari berbuat
silap, apa yang
penting adalah bertaubat
sesungguh hati selepas
itu. Kerana tidak
ada insan suci
yang tidak memiliki
kisah lampau, dan
tidak ada manusia
berdosa yang tidak
mempunyai masa depan.
“Dia tinggalkan
adik di tepi
jalan berdekatan perhentian
teksi di pusat
Bandar, dia terus
pergi selepas berikan
duit untuk tambang
adik balik pastu
cakap, jangan cari
saya lagi. Saya
dah ada isteri”.
Biadap sekali lelaki
pemusnah kehormatan puteriku
itu. Hari ini
barulah Husnul Huda
menceritakan segalanya padaku.
Dia mengambil masa
untuk kembali berbicara
selepas lima hari
peristiwa hitam itu
berlaku. Sejak itu,
Husnul Huda lebih gemar
diam dari bercakap.
Dia mula kembali
mendekatkan diri dengan
Allah. Solat di awal waktu
dan selalu membaca
Al-quran. “Alhamdulillah… syukur
ya Allah… mudah-mudahan
puteriku terus beristiqamah”. Husnul
Huda benar-benar sedar sekarang,
kesilapannya dulu berlaku
kerana ingkar kata-kata
seorang ibu. Dia
benar-benar menyesal.
“Assalamua’laikum Ummi…
mana Adik ? belum
siap mengemas lagi
ke? nanti terlambat
pula kita sampai
sana, selalunya kalau
lambat-lambat daftar ni,
akan dapat kolej
kediaman luar kampus.”
Sesampainya Hasnul Hadi
ke rumah, langsung
terus bertanya tentang
adiknya. Hari ini
merupakan hari pendaftaran
kemasukan Husnul Huda
ke UM . Setinggi-tingi kesyukuran
kupanjatkan ke hadrat
Ilahi apabila
Husnul Huda memberitahu
tentang tawaran dari
UM untuk melanjutkan
pelajaran diperingkat ijazah
tiga bulan yang
lalu. Aku berlapang
dada sekarang melihat
puteriku sudah mulai
merangka masa depannya
yang cerah. Susah
payah dan sakit
peritku melahirkannya kurasakan
mula berbaloi. Sedikit
terubat hatiku yang
luka akibat perbuatannya
yang lepas. Kisah
lalu tentang kesilapannya
akan ku lupakan.
Dan biarlah yang
tahu tentang peristiwa
itu hanyalah kami
berdua, pelaku itu
dan akhir sekali
semestinya Allah SWT.Dari
anak lelaki ku
sendiri pun aku
rahsiakan.
“Ummi doakan
adik ye!” pintanya
seraya menyalami dan
memelukku rapat sekali.. “Maafkan adik,
adik berjanji akan
jaga diri, dan
memperbetulkan kesilapan lalu.”
Bisiknya dekat sekali
ditelingaku. Kami menangis
berpelukan. Aku hanya mampu
berkata, “Ujian adalah
tarbiah dari Allah..
jadikannya pengajaran berharga…
kehidupan di universiti
lebih mencabar Iman
hambanya. jaga solat ye
sayang”. “Baik ummi..
adik sayang ummi”.
“Terjemahkan perasaan sayang
tu dengan perbuatan.
Jangan buat lagi
apa yang ummi
larang. Ummi balik
dulu ye”. Aku melangkah setapak
demi setapak meninggalkan
perkarangan bumi UM dengan
harapan puteriku boleh terdidik disini.seandainya hari
ini aku dijemput
mengadap Ilahi pun,
aku redha. Kerana
aku sudah merasa
puas hidup. Kehidupan
ini banyak mengajar
aku erti mengenal
siapa Tuhan. Aku
tidak memiliki harta
yang melimpah ruah, apa
yang ada telah
habis demi membiayai
pendidikan anak-anakku. Yang
tinggal hanyalah anak-anak.
Dan anak-anak lah
hartaku sekarang. Sesungguhnya
nabi Muhammad SAW
pernah bersabda, apabila
mati seorang anak
adam,terputuslah segala amalannya
didunia, kecuali tiga
perkara. Sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat
dan akhir sekali
adalah doa anak
yang soleh. Wallahu
a’lam
No comments:
Post a Comment